Ahad, 24 April 2011
haha...nak promote MYFC cawangan SP...nak cakap bahawa chicken chop mereka SEDAP! haha...thanks to mohamad shafiq cozbelanja wans..chicken chop black pepper memang enak!!!...haha..mhamd shafiq pesan chicken chop original,, nampak macam sedap jugak..tengah duduk dan menikmati hidangan baru wans teringat nak tankap gambar plate kita orang..haha..sayang sekali ain tak boleh datang,,,,haha..thanks mohamad shafiq!! bil di cuma bawah RM20 SAHAJA!!! MURAH!! tiada charge dikenakan.... nak tengok menu apa yang ada,,pergi je kat website dia orang..http://www.myfc.com/.. samapi di sini sahaja lah,,nanti wans tulis entry yang baru ok?

sebenarnya, wans nk menulis entry ni dah lama tapi baru hari ni berpeluang.....teringat kisah hari sabtu, pergi CENTRE SQUARE a.k.a CS...,,myebabkan wans tak boleh keluar pergi CS pada hari ahad(24.042011)..melepaslah nak tengok wayang cite baru..terlepas juga nak main bowling dengan ain dan hema.n ni semua pasal budak-budak yang tak senonoh duduk melepak tak buat apa di CS geram betul!! tapi hari sabtu tu terubat jga hati ini nak makan pizza ..emmmm...yummmy! haha...dekat 4keping kot wans makan..haha..mama sempat lagi beli handbag and kasut bau.ishhh3...rasa macam dah penuh rak kasut dengan kasut mama. handbag pun berlambak dalam almari wans.lepas ni nak letak dekat mana lah handbag baru tu..hehehe...nak bagi wans pakai kot...hahaha...
pagi tadi wans teringat sahabat baik di lumut, SUHAILA yg meminta pertolongan untuk check panggilan temuduga penguruan. malangnya, dia tak ada dalam senarai calon temuduga. di sini wans sertakan maklumat tentang permohonan kursus penguruan lepasan SPM yang wans copy and paste from internet
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya kongsikan maklumat berkenaan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Ambilan Jun 2011.
Berdasarkan iklan yang dikeluarkan, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:
- Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selain daripada Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut menawarkan 3 lagi program, iaitu:
1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
- Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.
- Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
- Bidang yang ditawarkan termasuklah:
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Matematik
- Pendidikan Khas
- Bahasa Cina
2. Program Kembar Bahasa Perancis
- Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
- Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1
3. Program Kembar Bahasa Jerman
- Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan
- Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Satu mata pelajaran yang lain serta ;
- lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
CARA MEMOHON
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 07 Mac 2011.
- Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
- Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 21 MAC 2011 dilanjutkan sehingga31 Mac 2011.
25 MAC 2011
Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 21 MAC 2011 dilanjutkan sehingga
25 MAC 2011
MAKLUMAN DAN PERHATIAN
- Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
- Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
- Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
- Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
- Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Untuk permohonan secara online, sila layari: http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/login.cfm. Manakala bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan, sila rujuk (e-Panduan Permohonan): http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/pengenalan.htm
Semakan panggilan temuduga program KPLSPM bagi calon yang memohon secara online juga boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Tarikh semakan temuduga dan surat tawaran adalah seperti berikut, (sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian).
- Semakan Temuduga:
4 april 201112 April 2011 - Tarikh Temuduga:
11 – 22 april 201118 – 29 April - Semakan Tawaran: 21 mei 2011
- Tarikh Pendaftaran Kemasukan: 20 jun 2011
Selasa, 19 April 2011
jangan lupa add wans di laman sosial facebook.com..search DrWans syafawani...mahu out sudah..lain kali wans menulis lagi ok..bye..see u soon!!
Isnin, 18 April 2011
selamat tinggal
okay lah..sampai di sini shaja...wans terpaksa mengundurkan diri..insyaallah,,khmis ini kita berjumpa kembali..terpaksa mengundurkan diri tanpa rela...di harap semua baik-baik sahaja..aminn..wish goodluck to me..harap dapat masuk matrikulasi seterusnya mendapat jurusan sains....bye semua..bye followers wans...love u all.
Khamis, 14 April 2011
cara atasi b simptom batu karang
Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang or Gallstone
Gallstones are pieces of solid material found in the gall bladder.
They are usually one of two major types:
Cholesterol Gallstones
- (accounting for about 80% of cases)
Pigment Stones
- composed mainly of calcium salts of bile pigments (about 20% of cases)
Gallstones vary in size and numbers.
Why do Stones Form in the Gall Bladder?
Gallstones form when certain chemicals in the bile, either cholesterol or bile pigment, start to clump together. These clumps become the core from which larger stones can grow. It is not clearly understood why some people get stones and others do not.
However, there are certain factors which may increase your risk of developing stones. These are:
Middle-aged women who are overweight and have had multiple pregnancies
A high calorie, low fibre diet
Women on long-term birth control pills or on hormone replacement therapy
Overweight
What are the Symptoms?
Symptoms are usually:
Excessive flatulence
Nausea or vomiting
Upper abdominal discomfort only described by the patient as "gastric"
Central or right-sided upper abdominal pain
Pain felt at the back between the shoulder blades
Stones are best detected by an ultrasound examination of the gall bladder.
Consequences of Gallstones
Gallstones may remain "silent" and cause no problems to the patient. However, some stones will cause troublesome symptoms and will require treatment. Some gall bladders can become infected resulting in a condition known as acute cholecystitis. Such a patient will usually develop fever and experience pain in the right side of the upper abdomen. These patients need antibiotics and early surgery.
Treatment
If the gall bladder containing stones causes problems to the patient or if it becomes infected, it must be removed. It is not enough to remove only the stones. As the gall bladder functions as only storage organ, patients can live without their gall bladder. They may be troubled by the passage of frequent loose motions immediately after surgery. This usually improves with the passage of time. The "windy" feeling tends remain for a long time after surgery but it is usually less troublesome. The surgical procedure by which the gall bladder is removed is known as a cholecystectomy.
There are two ways in which this procedure is done:
An open cholecystectomy
This is the traditional method by which the gall bladder is approached via a moderately long incision. It is safe and has stood the test of time. However, it is a more painful procedure than the newer method and it takes a longer time to heal.
The newer method, laparoscopic cholecystectomy, commonly described as key-hole surgery
This procedure requires the surgeon to make four very small incisions in the right side of the upper abdomen. A camera system is introduced through one opening. This allows the image of the gall bladder to be projected onto a video screen. The surgeon then introduces instruments through the other three incisions.
By looking at the screen the surgeon is able to dissect and remove the gall bladder. This procedure is less painful and the patient recovers faster. It is the now the predominant method of gall bladder surgery, but cannot be used to remove all gall bladders.
Non-surgical methods of treatment
• Oral Bile Acid Therapy
• Contact Dissolution Therapy
• Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy
bahas kedah bahasa unik!!
BAHASA KEDAH
JOM KENALI BAHASA KEDAH ♥♥ 1. Qhe-ngau = cakar 2. Se-qheyat = reda/ surut 3. Hambat = kejar 4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati 5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa 6. Ligan = kejar 7. Cemuih = bosan/jemu 8. Tokak = gigit besar 9. Gey-qhek = basikal 10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil) 11. Belemoih = comot/ kotor 12. Tetomoih = tersungkor 13. Ku-tey = cubit 14. Tak dan = tak sempat 15 Hebiaq = celupar 16. Maneh melecaih = tersangat manis 17. Lencun = basah 18. Lokoih = basah kuyup 19. Kawaq = pencuri 20. Kanyaq = mentah (berhingus) 21. Ketegaq = degil 22. He-qhot petot = senget benget 23. Me-qhela = gatal 24. Log laq = cemekap/ cuai 25. Hawing = pusing 26. Punggai = baling/ lempar 27. Tengalong = tuju/ baling 28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah 29. Ayaq achaq = air longkang 30 . Ha-qhin = hancing 31. Kelepiaq = melibas 32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes 33. Hemoi = "muka tak malu" 34. Me-qhe-nyeh = menggatal 35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau 36. Hapak pera'e = bau hapak 37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau" 38. Celuih = muat 39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau 40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam 41. Qhem-pang = "tergedik-gedik" 42. Kampoi = kumpul/ kaut 43. Je-qhang = rebus 44. Capoi = celupar 45. Te-qhe-bey = lastik 46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor 47. Me-qho-not = membongkok 48. Sene-qheh = selisih 49. Be-qha-chaq = comot/ kotor 50. Qhembang = gemuk / merembang 51. Pedo = hati-hati 52. Peqhusah = urus 53. Hapuih = tenggelam (lemas) 54. Qhan-dok = redah 55. Se-ghoh = kebah/ kurus 56. Qhen-jong = tinggi lampai 57. Pe-qho-ngoih = panas baran 58. Takek = ketuk/potong 59 Be-qhemba = bersaing/ lumba 60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir 61. Ge-qhet = gigit 62. Tahaq = tahan 63. Qha-gaih = panjat 64. Melewaq = merayau 65. Melahaq = kebulur 66. Qha-bat. = naik/panjat 67. Qhim-bok = belasah 68. Mengkelai = berkelahi 69. Cuak = seram / tak sedap hati 70. Juih = mulut muncung 71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan 72. Qhodong = melulu 73. Qhedah = redah

kesedihan pada minggu ini
berjumpa lagi....mm...sudah 4hari bturut-turut abah wans sakit..hari pertama, abah wans pergi hospital dengan menaiki motorsikal seorang diri ke hospital sultan abdul halim[wans takde lesen kereta..cuma motor tapi tu laa abah xberani ]..doc ckp btu karang tapi abah lain ..maghrib je sakit sampai ke subuh..abah muntah2,,sakit pinggang.,,ase tseksa..wans tengok pn sedih..masuk hari kedua,,abah wans masih sakit jugak,,bertambah sakit daripada semalam...de jiran tolong hantarkan sebab dia kerja dekat hospital jugak...balik ke rumah macam bias dan pakcik tu juga tolong ambil budak2 abah...wans dok umah sampai tnangis tengok abah mnderita...hari ketiga,,,mma wans bawa gi hospital sebab nak jumpa pakar..kalau tak siliap,,,dapat 3suntikan..abah balik,,,nampak macam dah ok...lega sikit..tapi maghrib je,,,abah sakit balik...abah menahan kesakitan macam terseksa cgt..mama wans nmpak cm mnangis je...wans cuba tahan,,,jgn sebak...xsuka mnangis depan mama dan abah..sampai r jiran wans tu datang buat kali kedua pada malam hari ketiga ni...pukul 11mlm baru balik...wans curi2 dengar...tdengar yang DIA PUN MAKHLUK ALLAH,,,DTG MNUMPANG JE..BENDA NI BARU LAGI..mm..wans terus paham.. mama sambung ABANG BAWA BUDAK PUN BUKAN NAK KEJAR DUIT,,CUMA NAK ISI MASA LAPANG..ya lah,,abah baru bersara je...bukan harap sangat kat duit tu...cuma simpan sikit untuk gi haji,,tolong tok cm2 je..duit pencen pun dapat setiap bulan,,nape lah orang melayu ni mudah berdengki...jujurnya,,,wans sekarang pun rasa xsedap je buat masa sekarang.............dulu pun masa kat lumut,,,abah pun pernah kena macamni juga..kesian abah...mama,,abah selalu kena.......
Ahad, 10 April 2011
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
- Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
- Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
- Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
- Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
- Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
- Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Jumaat, 8 April 2011
9 sebab hubungan tak bertahan lama
. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Langgan:
Catatan (Atom)