Rabu, 18 Mei 2011

kita cakap pasal blogger yang paling famous je r..hehehe....i like them

1. FATIN LIYANA
Tips & Guides
wahh3....siapalah xkenal Fatin Liyana...semua kenal sampaikan de readers yng membencinya (I'm not)...hahaha...wans diperkenalkan FL oleh bestfrenz wans sndiri sebab FL adalah cntoh terbaik buat kami... FL bkal mnjadi DOKTOR muda...wans juga bercita-cita nk jadi Doktor,,,tapi Wans nk kerja di Hospital Angkatan tentera(kena g tmuduga lagi...penat..)...jdi kepada readers di luar...,,,sudah2 lah ye mngutuk FL....yg kowg nk jeles buat pe...xberfaedah betul..!!! daripada dok merapu,,baik follow blog FL,,lagi BEST!!


2.YUYU ZULAIKHA
My Photo


wans baru je mengenali yuyu (bkan secara personal,,,tkut yuyu xske wans..huhuhu) 3bulan...hahaha..ini kerana wans TERSESAT ke FB yuyu..hahaha...time tgaman...OMG!! cun giler BUDAK ni..opsss..wrong!! bukan budak k!! students tapi kerna kakak yuyu ny mke cm bby face,,,,wans selalu bukak FB n Blog dy....entry dy semua menarik...xr jemu macam entry wans..so,,ramai2 g follow blog akak yuyu ye..


3. HANIS ZALIKHA



cmne plak wans kenal HANIS???...hahaha...wans kan setia membaca suratkhabar,,,jdi tahun bila ntah,,,,wans terbaca tentang hanis di ruangan suratkhabar...fuhhh..!!!wans tertarik kt....kt  MUMMY!!hahaha...she so young!!!xde r...hehe...hanis punye blog terbaik tetapi bagi wans terbaik di nombor tiga(ok r tu...masih terbaikkan??)..wans suka sanagt kat blog hanis...ringkas padat just like MILLO FuZE....kehh kehh kehh...lagi 1,wans suka tegok style hanis posing..terbaik wokk...

Selasa, 17 Mei 2011

rasa bosan mula melanda diri

huhu..bosan3..tak tahu nak wtpe....buka fb cam bowink,,,bkak blog pun bowink..segalanya bowink..!! puas terjah FB abah dan mama,,terjah FB afif...hmm...xmenarik pape pun.....nak ajak ain g jalan2,,,ain sekolah,,nak mesej dgn Shafi,,Shafiq kt sekolah lagi....mmm...nak msej cik aina,,,cik aina kt KEM PLKN Sintok,,,nak mesej Sheyhan,,takot tak bangun tidur lagi,, nak mesej mimi,,,no. plak missing.... adoii....bowink3.....tak tw nk wtpe dh ny....tadi terbukak FB wanniey safuan,,hahaha..bukan buat apapun...saja mengintai blog dia dan pic dyowg g SP...adoii.!!! aq dok SP pn xpernah lg tengok wyg kt CS...nak ajak kekwn..selalu je xjd...,,selalu de ,masalah.... nak g SMKPTi,,,segan plak gn junior2 kt sna.....(Perasan senior..)...hehehe....nak main game,,da jemu ni....tengok space for followers,,hampeh!! 15 org je....ish3...teringat kisah gi kulim semalam.....depan IPD kulim,,ada klinik kesihatan dekat dengan rumah Cikgu Normah(cikgu abah masa darjah4)...abah nak pergi menziarah cikgu normah...dekat je dengan kolej mara tu...pergi je tpi xnampak pun rumah tu...tanya orang kampung kat situ,,,dyowg ckp cikgu tu dah xde...mungkin pindah atau MENINGGAL....tapi ada satu benda yang abah wans ingat,,, perigi lama....abah kata dulu masa pergi rumah cikgu tu,,,abah mandi kt perig tu lah..paz2 ada parit,,abah dok tangkap ikan kat situ...adoi!! patutlah wans pun macam tu,,,ikut perangai abah rupanya!!!

tawaran kolej mara kulim-bersedia atau tidak??

salam buat semuanya..... menulis lagi wans pada hari ini..seperti biasa,,berada di sekolah mama sambil melayari intenet...hahahaha....bagi lepas gian sebelum wans mendaftarkan diri di kolej mara kulim...semalam,,dah pergi kulim.tengok kolej tu..wahh!!! besar lah jugak..macam IPSAH je.....yang penting,,dekat dengan THE STORE n PIZZA HUT!! favourite tu...hehehe....kira-kira 45km dari rumah wans ke kolej tu...sejam je lah....abah pula kata,,,kenapa lah along tak dpat kolej matrikulasi Pinang,,dekatlah sikit.3ominit je...hahaha...dalam hati aku bersukur sangat tak dapat pinang kerana aku tak sanggup erdepan dengan kesesakkan jalanraya..bukan tak tahu,,pagi-pagi je dah JAM!! adoi! haha..tapi nasib baiklah Sheyhan dapat sama dengan wans...taklah kekok sangat nanti..huhuhu...tinggal 5hari lagi wans akan pergi,,,rindu kat mus(bantal bucuk)!! hahaha.....jangan tergelak kalau wans sanggup bawa mus pergi kulim......baju tak packing lagi....tapi benda lain dah..hahaha....wans tak kisah sangat sebab benda yang remmeh wans selalu lupa...mm....kekadang tertanya juga diri,,,da ready nak gi ke?? nanti lari balik macam waktu 2009 tu..haha...seminggu je kat Sekolah Sains Kubang Pasu..pe tak nya,,,warden dia garang gila tapi kat students first intake bukan main lagi layan elok-elok...huh!!... harap-harap kt KMKm xde lah PREP !! xsanggup nak bersekang matalah tapi kalau buat PREP pagi2xpe sebab wans dah biasa..hahaha..mm.....sedihlah nak tinggal abah yang tersayang,, mama yang tercinta dan adik-adik yang ku kasihi.......

Isnin, 9 Mei 2011

kegelapan yang tak disangka


Salam buat semuanya.. selamat pagi kepada followers wans, member wans, rakan2 FB, dan semua rakyat di Malaysia.. diharap kalian membuat kerja seharian dengan lancarnya.. terdetik hati mahu menulis tentang keperihalan malam semalam.. Fuhh!! Selama tiga tahun menetap di Bandar Sri Astana in, pertama kali elektrik terputus secara tiba2 tanpa notis…aduhai! Berpeluh habis walaupun negara kita iklim lembap dan panas.. memang sejak seminggu ini, sungai petani panas sekali.. di dalam kegelapan, ada rahmatnya…buat pertama kali, aku, mama, abah dan adik2 ku berkumpul dan bersembang sekali.. hahaha..nak tahu mengapa wans berkata demikian..ini kerana pabila tiba waktu malam, wans akan duduk di kamar(bukan buat apa-apa pun.. mesej dgn BF jee..), aizat di kamarnya membuat kerja sekolah, afif, mama, abah di ruang makan.. haha.. memang malam tadi best kerana kita orang bersantai di luar rumah sambil menikmati cuaca malam yang tak begitu terang kerana diterangi cahaya bulan.. memang gelap gelita!! Sambil tu, mama sempat lagi memberi tazkirah yang panjang lebar terhadap aizat. Statement yang wans paling ingat ialah “elektrik tak ada sebab terkejut aizat baca buku untuk peperiksaan..” hahaha…abah ku keluar pergi membeli lilin, pulang mengatakan lilin habis dijual.. Fuhh!! biar betul.. hahaha.. rupa-rupanya bukan tamanku sahaja gelap gelita, Bandar Perdana, Bandar Utama dan Bandar puteri Jaya juga turut gelap gelita sehinggakan ada orang Melayu sanggup membeli lilin sembahyang orang Cina asalkan mampu menerangi malam mereka.. ya lah.. risau jugak kalau ada insan yang mengambil kesempatan untu pecah masuk ketika waktu gelap-gelita ketika itu.. jiran wans belah kiri, sanggup start engine kereta dan duduk di dalamnya sambil buka penyaman udara tanpa bergerak… aishhh…boleh rosak kereta kalau macam tu..jiran belah kanan start kereta lalu meninggalkan rumah.. yang terlintas di fikiran wans ketika itu ialah mungkin makcik tu balik kampung dia.. kampung dia kan dekat..akhirnyaa.. ketika jam menunjukkan waktu pukul 10.25 malam,, elektrik mula ada..alhamdullilah….tak lah tidur dalam kepanasan…

Ahad, 24 April 2011


haha...nak promote MYFC cawangan SP...nak cakap bahawa chicken chop mereka SEDAP! haha...thanks to mohamad shafiq cozbelanja wans..chicken chop black pepper memang enak!!!...haha..mhamd shafiq pesan chicken chop original,, nampak macam sedap jugak..tengah duduk dan menikmati hidangan baru wans teringat nak tankap gambar plate kita orang..haha..sayang sekali ain tak boleh datang,,,,haha..thanks mohamad shafiq!! bil di cuma bawah RM20 SAHAJA!!! MURAH!! tiada charge dikenakan.... nak tengok menu apa yang ada,,pergi je kat website dia orang..http://www.myfc.com/.. samapi di sini sahaja lah,,nanti wans tulis entry yang baru ok?



sebenarnya, wans nk menulis entry ni dah lama tapi baru hari ni berpeluang.....teringat kisah hari sabtu, pergi CENTRE SQUARE a.k.a CS...,,myebabkan wans tak boleh keluar pergi CS pada hari ahad(24.042011)..melepaslah nak tengok wayang cite baru..terlepas juga nak main bowling dengan ain dan hema.n ni semua pasal budak-budak yang tak senonoh duduk melepak tak buat apa di CS geram betul!! tapi hari sabtu tu terubat jga hati ini nak makan pizza ..emmmm...yummmy! haha...dekat 4keping kot wans makan..haha..mama sempat lagi beli handbag and kasut bau.ishhh3...rasa macam dah penuh rak kasut dengan kasut mama. handbag pun berlambak dalam almari wans.lepas ni nak letak dekat mana lah handbag baru tu..hehehe...nak bagi wans pakai kot...hahaha...
pagi tadi wans teringat sahabat baik di lumut, SUHAILA yg meminta pertolongan untuk check panggilan temuduga penguruan. malangnya, dia tak ada dalam senarai calon temuduga. di sini wans sertakan maklumat tentang permohonan kursus penguruan lepasan SPM yang wans copy and paste from internet


Rasanya belum terlambat lagi untuk saya kongsikan maklumat berkenaan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Ambilan Jun 2011.
Berdasarkan iklan yang dikeluarkan, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:
  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
permohonan kplspm 2011
Selain daripada Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut menawarkan 3 lagi program, iaitu:
1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
  • Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.
  • Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Bidang yang ditawarkan termasuklah:
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi
    • Matematik
    • Pendidikan Khas
    • Bahasa Cina
2. Program Kembar Bahasa Perancis
  • Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
  • Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1
3.  Program Kembar Bahasa Jerman
  • Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan
  • Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta ;
    • lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
CARA MEMOHON
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 07 Mac 2011.
  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 21 MAC 2011 dilanjutkan sehingga 31 Mac 2011.
25 MAC 2011
MAKLUMAN DAN PERHATIAN
  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Untuk permohonan secara online, sila layari: http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/login.cfm. Manakala bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan, sila rujuk (e-Panduan Permohonan): http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/pengenalan.htm
Semakan panggilan temuduga program KPLSPM bagi calon yang memohon secara online juga boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Tarikh semakan temuduga dan surat tawaran adalah seperti berikut, (sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian).
  • Semakan Temuduga: 4 april 201112 April 2011
  • Tarikh Temuduga: 11 – 22 april 201118 – 29 April
  • Semakan Tawaran: 21 mei 2011
  • Tarikh Pendaftaran Kemasukan: 20 jun 2011