Isnin, 9 Mei 2011

kegelapan yang tak disangka


Salam buat semuanya.. selamat pagi kepada followers wans, member wans, rakan2 FB, dan semua rakyat di Malaysia.. diharap kalian membuat kerja seharian dengan lancarnya.. terdetik hati mahu menulis tentang keperihalan malam semalam.. Fuhh!! Selama tiga tahun menetap di Bandar Sri Astana in, pertama kali elektrik terputus secara tiba2 tanpa notis…aduhai! Berpeluh habis walaupun negara kita iklim lembap dan panas.. memang sejak seminggu ini, sungai petani panas sekali.. di dalam kegelapan, ada rahmatnya…buat pertama kali, aku, mama, abah dan adik2 ku berkumpul dan bersembang sekali.. hahaha..nak tahu mengapa wans berkata demikian..ini kerana pabila tiba waktu malam, wans akan duduk di kamar(bukan buat apa-apa pun.. mesej dgn BF jee..), aizat di kamarnya membuat kerja sekolah, afif, mama, abah di ruang makan.. haha.. memang malam tadi best kerana kita orang bersantai di luar rumah sambil menikmati cuaca malam yang tak begitu terang kerana diterangi cahaya bulan.. memang gelap gelita!! Sambil tu, mama sempat lagi memberi tazkirah yang panjang lebar terhadap aizat. Statement yang wans paling ingat ialah “elektrik tak ada sebab terkejut aizat baca buku untuk peperiksaan..” hahaha…abah ku keluar pergi membeli lilin, pulang mengatakan lilin habis dijual.. Fuhh!! biar betul.. hahaha.. rupa-rupanya bukan tamanku sahaja gelap gelita, Bandar Perdana, Bandar Utama dan Bandar puteri Jaya juga turut gelap gelita sehinggakan ada orang Melayu sanggup membeli lilin sembahyang orang Cina asalkan mampu menerangi malam mereka.. ya lah.. risau jugak kalau ada insan yang mengambil kesempatan untu pecah masuk ketika waktu gelap-gelita ketika itu.. jiran wans belah kiri, sanggup start engine kereta dan duduk di dalamnya sambil buka penyaman udara tanpa bergerak… aishhh…boleh rosak kereta kalau macam tu..jiran belah kanan start kereta lalu meninggalkan rumah.. yang terlintas di fikiran wans ketika itu ialah mungkin makcik tu balik kampung dia.. kampung dia kan dekat..akhirnyaa.. ketika jam menunjukkan waktu pukul 10.25 malam,, elektrik mula ada..alhamdullilah….tak lah tidur dalam kepanasan…