Rabu, 18 Mei 2011

LU LANGSI LU MATI-KARYA FARID KAMIL

Apa khabar buat semua pembaca ....
wans ada sedikit masa untuk review tentang sinopsis jalan penceritaan filem baru terbitan MIG Productions Sdn Bhd yang akan ditayangkan pada  tahun 2011 iaitu Filem Terbaru – Kongsi dengan taglinenya Lu Langsi Lu Mati. Filem aksi komedi yang mendapat tempat aku rasa untuk kali ini  kerana pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam ( Adnan Sempit) dan Norliana Samsudin turut menjayakan filem Kongsi ini.
Antara barisan pelakon dalam filem ini adalah Tumulak (Shaheizy Sam), Norliana Samsudin (Detektif Maya), Fizo Omar sebagai ASP Shariff, Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Shafie Jaafar (Tok Malik), Pooniah (Victor), Chew Kin Wah (Jimmy).
Sinopsis ringkas Filem Kongsi
Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.
Memang terbaik la kan, dimana tagline seperti ni mesti gempak dimana memberi ruang untuk filem ini meletup seperti filem Adnan Sempit sebelum ini. Video dibawah trailer Filem Kongsi
Jadi apa tunggu lagi nantikan filem ini ditayangkan di panggung wayang sekitar korang...dgr kata kutipan pada hari pertama sahaja RM 1.1 juta...dlm 7ary,,,mm leyh dapat RM7.7 JUTA !!!!kaya david teo..hahaha..